Saturday, April 14, 2012

Andai Lelaki Tahu Isi Hati Seorang Wanita .

Andai Lelaki Tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda.









Kenapa Lelaki Menangis ?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis..Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan.

Terlalu banyak sebab lelaki menangis. Tapi kebiasaannya lelaki hanya akan menangis terhadap sesuatu perkara yang benar-benar mengubah hidup mereka. Terutama apabila kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa meninggal. Lagipun, tak guna menangis hanya kerana semata-mata sesuatu yang bersifat kebendaan dan hanya kerana benda yang temeh-remeh kerana dalam fikiran lelaki hanya fikirkan kejantanan mereka. Lagipun hudoh bebenor kalau lelaki menangis.. Muka dahlah bermisai, berjanggut, badan ketaq, sekali menangis dengan mulut menggulupur, kan tak manis dipandang..


Lazimnya, seorang lelaki tidak akan pernah menangis untuk kekasihnya meskipun ditinggalkan. Kerana masih banyak bunga yang boleh dipetik dan mungkin perempuan itu bukan sesiapa dihatinya, sekadar peneman dikala sepi dan bosan. Tetapi apabila seorang lelaki menangis hanya disebabkan kekasihnya, itu bermakna lelaki itu bodoh. Bodoh kerana dia baru saja mengerti betapa berharganya kekasihnya pada dirinya dan bodoh kerana terlalu menyintai kekasihnya. Kerana terlalu mencari yang kaca yang dianggap lawa, terlupa permata berada disisinya... Jadi, berikut adalah antara faktor lelaki menangis..



6 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

1. Kematian orang yang dicintai. Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih
sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..

2. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir. 


      3. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusahpayah untuk menawan hati si dia.


4. Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya.


5. Teringat akan dosa-dosa silamnya dahulu dan ingin bertaubat .

6. Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka yang amat dahsyat .


jadi jangan ingat lelaki tidak pernah mengalirkan airmata . lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan seperti kaum wanita .

*credit to : www.akalemosi.com*


Sunday, February 5, 2012

Beruntungnya Menjadi Seorang Wanita

Assalamualaikum..
hari nie 5 februari hari ahad bersamaan dgn 13 Rabiulawal 1433 hijriah kite akan menyambut hari Maulidurrasul bersempena dgn hari keputeraan baginda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W :) kepada semua bloggers yg beragama islam Salam Maulidurrasul syira ucapkan .

hari nie syira tergerak hati nak buat satu entri dlm blog syira nie . see the title "Beruntungnya Menjadi Seorang Wanita" . syira rase bersyukur sgt dilahirkan menjadi seorang wanita . wanita nie istimewa sgt pada pandangan Allah . wanita nie bnyk sgt kelebihannya dan darjat wanita nie diangkat tinggi dari kaum lelaki . bnyk yg syira dgr drpd rancangan berunsur agama dkt tv ckp yg perempuan nie ialah golongan yg paling senang nak masuk syurga dan golongan yg senang jugak nak masuk neraka . jd wanita nie bukan semudah yg disangka tau :')
dkt sini syira nak share sikit antara kelebihan-kelebihan seorang wanita . syira sempat lah search dkt google antara kelebihan-kelebihan seorang wanita . respon dia mmg membanggakan lahh . senang jea nak cari bahan dlm google nie . hee

Antara Kelebihan-kelebihan Seorang Wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

ya Allah , betapa beruntungya kaum hawa nie disisi Allah . hanya wanita solehah yg layak utk syurga Allah . wanita mengandung nie bnyk kelebihan dia . tgk lah mcm mane ibu kite bersusah payah mengandungkan kite 9 bulan dan melahirkan kite dlm keadaan separuh nyawa tp tetap ade lg manusia yg tak pernah nak hargai ibu dorg .
dkt sini jugak syira nak share kan sikit pesanan daripada ustaz azhar idrus utk kaum adam . hehe . syira suke kata-kata ustaz azhar idrus . semuanya best-best belaka :)

 Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
lelaki yang membuat wanita mengalirkan airmata kerananya akan disebat
100kali diakhirat kelak .

haa , dgr tu wahai kaum adam sekalian . hehe . setakat ini jea lah entri syira utk kali ini . jikalau ade tersilap kata atau tersalah info harap dimaafkan . syira hanya manusia biasa . syira pun tak cukup ilmu utk berhujah tentang agama . syira masih dalam proses pembelajaran . jikalau ade silap dan salah tolong betulkan ye ? yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri . perbetulkan ape yang salah . masih belum terlambat lagi .

Sekian . Assalamualaikum w.b.t :)

"Wanita Hiasan Dunia , Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"


Monday, January 30, 2012

Thanks My Bestie !

Thanks My Bestie for the nice shawl . i love it baby !
aww . i will keep and use this shawl when i miss you .
i love you so much Amalina Zulkifli . xoxo 





pink ! my favourite colour .
k dia dah faham sgt dah warna ferevet aku . hewhewhew . 
*so touched :')



delivery from Selangor ---> Perak
hantar pakai pos lagi tau . kau hado ?
k pleasee be jealous to me . haha . loljk ;D


Wednesday, January 25, 2012

Apa Itu Cemburu ?

Assalamualaikum..
tadi syira pegi usha dkt google 'Apa Itu Cemburu?' then setelah mencari inilah hasil yg syira jumpe td . tp entri nie agak panjang . kalau tak larat nak baca tak payah lah baca k :)

Let's Start Reading . Bismillahirahmanirrahim .

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.


Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.


Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan

cemburu yang negatif.


Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.


Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak
klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang
berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan
pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh
pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan
pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila
dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana
untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.



Tips Mengawal Perasaan Cemburu Pasangan

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa
dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap
soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.
Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.



3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan
 atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan
 cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah
sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa
sentiasa disayangi dan dihargai.


4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan
cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra
atau bergurau senda dengan orang lain.


5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa
cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan
keadaan.



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’.
Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan
sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri
yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan
sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.


Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada
pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan
sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak
sebenar pasangannya.


Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas
dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa
hampa’
. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?

Ya, bukankah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma
kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN
DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’ !


Sekian .


Note : Credit to Mr Google . Just share for my readers :)
*Copy And Paste*

Tuesday, November 1, 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum..
hari nie syira dpt satu berita sedih yg agak memeranjatkan syira . syira turut bersedih diatas kehilangan kakak tersayang kawan baik syira , amalina zulkifli . Allah lebih menyayangi dia . Ama, semoga kau redha dgn pemergian kakak kau . aku tahu berat kau nak terima semua nie tp kau kene pasrah . setiap yg bernyawa pasti akan mati . begitu jugak dgn kite suatu hari nnti . mungkin kakak kau da tak mampu lg nk bertahan . biarlah kakak kau pegi dgn tenang . aku bangga dgn kau . kau dpt jugak penuhi hajat terakhir kau pada kakak kau nak tgk nazim jumpe dgn kakak kau sebelum dia pegi .

Ama , lps nie kalau kau rindu kakak kau . kau cite jea dkt aku k . aku ade nak dgr semua masalah n kesedihan kau . aku sentiase ade dkt sisi kau time susah or senang . kau satu-satunya kwn terbaik yg aku pernah ade . kuatkan semangat n tabahkan haty kau . jgn sedih-sedih lg k . yg pegi biarkan pegi . kite yg hidup perlu teruskan hidup . tak baik menangisi org yg dah pegi . biarlah dia tenang dkt sana . semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman . Aminn..

AL-FATIHAH...

Sunday, October 2, 2011

Doa Buat Kekasih..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang...


Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Didunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat...
membina kesejahteraan hidup...
Kejalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
solehah...

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin..





Friday, August 26, 2011

New Niece :)


Assalamualaikum... :)
happynye syira hari nie . senyum tak lekang dari pipi . pagi-pagi subuh bangun dari tido terus dpt berita gembira . hhi . syukur kehadrat Ilahi sbb sis da selamat lahirkan baby girl pukul 2.11 pagi td . act , sis punye due bersalin seminggu lepas raya , tp baby pun tak sabar nak keluar sbb dia nk raya skali . so pada tanggal 26/8/2011 bersamaan 26 ramadhan . lahir lah baby comel yg tembam ya amat tu . hihi . dia lahir nk dkt dgn birthday syira 30/8 . so syira anggap hadiah birthday yg paling bermakna sekali sbb dpt ank sedara baru yg birthday dia lebih kurangg dgn maksu dia nie . hehe . nama dia nk bgtau tp sis belom bagi lg . act , syira tak tgk lg baby dpn mata sbb sis bersalin dkt kedah . so syira tgk gmbr jea lah . tu pun sis upload dkt fb . nk tgk tak baby bambam kite? kejap eh . nak letak gmbr dia :)





*comel tak? ade mcm muke maksu dia nie kea tak? haha . tembam kan? hihi ;D
semoga awak menjadi anak yg solehah suatu hari nnti yea sayangg :')

Wednesday, August 17, 2011

the best dream i ever have ! :)





woot woot ! :)

eh eh , smlm kan syira mimpi . ya Allah , sumpah ! best gler mmpi syira tu . syira mmpi syira pegang dslr n snap pic pkai dslr tu . tangkap gmbr dkt tepi pantai pulak tu . perghh ! mmg best lah . first time dpt mmpi yg best tp pelik mcm nie . hhi . mcm-mcm benda pelik lah dlm mmpi syira nie . yelah , nk tahu tak . dlm mimpi syira tu dslr nie berat giler nk mampus . sampai syira tangkap gambar pun senget-senget . then lens dia boleh memanjang  kedepan n mengembang *mcm bunga nk mengembang*. haha . kelakar tahu . iler pelik dslr syira nie .  mybe  yg  latest punye kot . dlm mmpi jea bole dpt . haha . syira teringin sgt nk ade dslr . if tak mampu nk beli sendry pun pegang org punye pun jd lah . dah lame syira impikan nk ade dslr tao . huwaa . sedihh nie . however , this dream a best dream i ever had . i'll never forget this great moment and  i hope one day my dream can become true :)

Sunday, July 31, 2011

Puasa :)

Assalamualaikum :)
eh , besok da start puase tau . wahh , bestnye . mlm nie pulak da start terawih . excitednye syira . bulan nie lah yg paling syira tunggu-tunggu tau . bulan penuh barakah dan rahmat . syira rindu kan bulan ramadhan nie :) bnyk sgt memori time bulan puasa nie . tp syira takde tau kenangan ponteng puase dgn kengkawan . sbb syira nie budak baek . tak pernah ohh buat mcm tu . nnti tuhan marah . kan kan? hee . time-time bulan puase nie syira teringat dkt dia . siapa dia? biarlah syira dgn Allah jea yg tau . bnyk kenangan syira dgn dia . kalau dulu syira lahh yg slalu kejut dia sahur . tp skrg tak tau lah sape yg kejut dia sahur . kalau dulu dia lah teman syira text lps sahur , tny syira buat ape , sahur mkn ape , n pesan jgn lupe solat subuh . tp skrg sape yg nak buat mcm tu lg dkt syira ? hm . dah takdee sape-sape lg da . skrg syira sunyi tanpa dia . dah takdir kan . syira redha jea lah . Allah lebih mengetahui ape yg baik utk hamba DIA . ok , lupe kan psl kisah sedih nie . bulan puasa tahun nie syira harap lg bermakna dari tahun-tahun yg sebelumnye . supaya syira dpt berkat dri bulan yg penuh barakah nie . terhapus lah dosa-dosa syira pd bulan yg mulia nie . hope syira dpt lah kawal nafsu bercakap syira nie drpd ckp benda-benda yg lagha(sia-sia) . aminn . hihi . err , rase nye dah takde ape dah syira nak ckp dlm entri syira kali nie . ape yg syira nak pesan . jgn lah buat dosa pd bulan puasa nie . perbanyakkan amalan kpd Allah . jgn lupe baca niat puasa yea n jgn lupe bgun sahur esok . k salam .

kata-kata : Wahai orang-orang yg beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ats orang-orang yg terdahulu drpd kamu,supaya kamu bertaqwa.

*Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak* :)
niat puasa : 
 
~ Selamat Berpuasa ~

Sunday, March 13, 2011

♥ Bestie Saia ♥ (ama ohh ama)




Assalamualaikum..
hari nie syira nak story pasal empunya gmbar nie . haa , korg nk tau nie sape? dia nie lah bestie terhebat n terbaek syira . cun tak ? bg syira dia nie cun and omeyy . hee .  tp dia tade bf . syira rase ade yg minat dkt dia nie tp maybe semua nye tak sesuai dgn kehendak dia kot or prangai dorg tak okayy . dia bestie gile gile syira . kwn sengal brsama n mereng bersama . masing² otak tak bape nak betol . tp selalu nye otak syira lahh yg lbh tak betol nye dari dia . haha . kami dah berkawan rapat sejak dri form 2 lg . tp kami bukan satu sekolah tau . kteorg secara tak sengaje berkenalan dkt mLife (mcm lah korg tau kan . haha) . mule mule dia add syira jd friend dia . kteorg selalu berhubung pakai bende alah tu jea lah . then , kteorg maen tuka² no. sejak dari tu kteorg rajin text dkt luar n jd rapat . syira nie jenis yg friendly and mudah mesra . dia nie pulak jenis yg bnyk mulot . bnyk cakap betol . haha 

perangai kteorg nie lebih kurang same jee . haa , bagus lah tu kan? bnyk chemistry diantara kami bardua . tu yg buat kan relationship kteorg nie jd lagi rapat . masingg² kalau ade masalah jee mesty akan story antara satu same lain . dia always ade time syira seddh n time syira hepy . ape ape hal dia lah org pertama yg syira akan cari nak story berita sedih or berita gembira . dia pun same jgk . always story berita sedih n berita gembira dia dkt syira . syira senang berkwn dgn dia .

selame kteorg berkwn baek nie , kteorg tak pernah bergaduh . hope smpai bile bile kteorg still cmnie :) syira harap sgt persahabatan syira dgn dia kekal smpai bile bile or maybe smpai akhir hayat syira . Insyaallah . amin . smpai sini jee lah kot syira nak story pasal dia . kalau nak cite lebih² syira takot tak cukup satu page nie nanti . haha . Kboii <3