Wednesday, April 18, 2012

Ceramah Motivasi Yang Membina .

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.
Renduu ohh dkt belog kesayangan kite nih . dah lame tak update . sangat busy dgn aktiviti persekolahan sampai tak sempat nak update belog . see , dah bersawang dah belog nie . hewhew

ekcelly syira update belog kali nie sbb nak story tentang ceramah motivasi yg syira join isnin lps . ceramah kali nie ceramah yg paling de best syira pernah dgr tau . sangat memberi keinsafan dlm diri supaya berubah kepada kebaikan dan bagi syira semangat utk berjaya dlm SPM .

program ceramah motivasi nie dikendalikan oleh kaunselor sekolah dan dikhususkan utk form 3 & form 5 yg nak amek exam tahun nie . supaya dpt motivasi diri kiteorg utk rajin belajar . kali nie kaunselor panggil penceramah luar dtg dkt sekolah utk bagi motivasi . mungkin name nie asing bagi korg yg tak pernah mengikuti ceramah beliau tp bg kiteorg walaupun sehari kenal dgn dia tp mcm dah lame kenal .

penceramah yg kaunselor jemput kali nie Raja Shamrin b. Raja Husin . korg kenal tak ? kalau tak kenal korg usha jee dkt google 'Raja Shamri' nnti keluar lah pasal dia . tak pun kalau nak tahu bnyk pasal dia or nak dia dtg tmpat korg bg motivasi , korg search 'abangraja.blogspot.com ' .

dia seorang insan istimewa yg sangat berjaya . even dia pakai kaki palsu tp dia still boleh hidup berdikari sampai dia berjaya sekarang . i'm really salute at her . kecacatan tak pernah menghalang org mcm dia utk berjaya . kalau korg nak tahu yg buat iklan petronas bdk kaki kudung tuh , Raja Shamrin nie lah yg buat iklan tu . kalau terlupe search dkt youtube 'iklan petronas 2005 (kaki kudung) . pencapaian dia sangat membanggakan . sampai dia mampu bukak 3 cawangan syarikat sendiri . you're amazing bro :')

dlm ceramah tu dia bnyk cerita pasal sejarah silam dia . dia bukan dari keluarga yg senang . nak bayar yuran sekolah pun tak mampu . hm . sometimes berlinang airmata nie dgr kisah dia . betapa tabahnya seorang lelaki yg istimewa mcm dia nak harungi hidup yg susah nie . dia berusaha bersungguh-2 utk berjaya walaupun dia tahu dia cacat . tp kite yg sempurna nie cpt betul mengalah dlm hidup . bile buat benda yg susah sikit mengeluh . bile suruh belajar malas . solat apetah lagi .

ceramah dia memberi kesedaran betapa jauhnya kite dari Allah . betapa banyak dosa yg kite dah buat dlm dunia nie . tak pernah ke kite fikir nak belajar sungguh-2 utk balas jasa mak dgn ayah kite . susah payah dorg cari duit utk bg kite pendidikan tp kite tak pernah nak hargai . malas belajar , main-2 , tak fokus .

kdg-2 kite tak bersyukur dgn nikmat yg Allah dah bg . org lain susah payah nak pegi sekolah . tak mampu nak sekolah . ade yg tak sekolah langsung . tp kite ? dah ade kemudahan nak sekolah tp still malas nak belajar . abaikan pelajaran . pentingkan benda yg tak berfaedah . kite sia-siakan peluang yg ada .

berubah lah sementara sempat . ade lg waktu utk kite nak berubah . terima kasih sangat dkt abg raja sbb dah bg motivasi yg boleh buatkan syira berubah dan sedar sebelum terlambat . terima kasih jugak sbb dah doakan kebaikan dan kejayaan kami . syira akan ingat pesanan dan amanat abg raja . semoga Allah sentiasa melindungi abg raja . insyaAllah :')


Tips Dari Raja Shamrin

-Amalkan baca yasin setiap pagi selepas solat subuh .
-Amalkan baca surah Al - Kahfi , Al - Waqiah dgn Ar Rahman sebelum tido .
baca salah satu drpd surah tu pun boleh . 





"Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa secara luar biasa"



Saturday, April 14, 2012

Andai Lelaki Tahu Isi Hati Seorang Wanita .

Andai Lelaki Tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda.









Kenapa Lelaki Menangis ?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis..Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan.

Terlalu banyak sebab lelaki menangis. Tapi kebiasaannya lelaki hanya akan menangis terhadap sesuatu perkara yang benar-benar mengubah hidup mereka. Terutama apabila kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa meninggal. Lagipun, tak guna menangis hanya kerana semata-mata sesuatu yang bersifat kebendaan dan hanya kerana benda yang temeh-remeh kerana dalam fikiran lelaki hanya fikirkan kejantanan mereka. Lagipun hudoh bebenor kalau lelaki menangis.. Muka dahlah bermisai, berjanggut, badan ketaq, sekali menangis dengan mulut menggulupur, kan tak manis dipandang..


Lazimnya, seorang lelaki tidak akan pernah menangis untuk kekasihnya meskipun ditinggalkan. Kerana masih banyak bunga yang boleh dipetik dan mungkin perempuan itu bukan sesiapa dihatinya, sekadar peneman dikala sepi dan bosan. Tetapi apabila seorang lelaki menangis hanya disebabkan kekasihnya, itu bermakna lelaki itu bodoh. Bodoh kerana dia baru saja mengerti betapa berharganya kekasihnya pada dirinya dan bodoh kerana terlalu menyintai kekasihnya. Kerana terlalu mencari yang kaca yang dianggap lawa, terlupa permata berada disisinya... Jadi, berikut adalah antara faktor lelaki menangis..



6 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

1. Kematian orang yang dicintai. Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih
sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..

2. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir. 


      3. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusahpayah untuk menawan hati si dia.


4. Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya.


5. Teringat akan dosa-dosa silamnya dahulu dan ingin bertaubat .

6. Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka yang amat dahsyat .


jadi jangan ingat lelaki tidak pernah mengalirkan airmata . lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan seperti kaum wanita .

*credit to : www.akalemosi.com*