Saturday, April 14, 2012

Kenapa Lelaki Menangis ?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis..Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan.

Terlalu banyak sebab lelaki menangis. Tapi kebiasaannya lelaki hanya akan menangis terhadap sesuatu perkara yang benar-benar mengubah hidup mereka. Terutama apabila kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa meninggal. Lagipun, tak guna menangis hanya kerana semata-mata sesuatu yang bersifat kebendaan dan hanya kerana benda yang temeh-remeh kerana dalam fikiran lelaki hanya fikirkan kejantanan mereka. Lagipun hudoh bebenor kalau lelaki menangis.. Muka dahlah bermisai, berjanggut, badan ketaq, sekali menangis dengan mulut menggulupur, kan tak manis dipandang..


Lazimnya, seorang lelaki tidak akan pernah menangis untuk kekasihnya meskipun ditinggalkan. Kerana masih banyak bunga yang boleh dipetik dan mungkin perempuan itu bukan sesiapa dihatinya, sekadar peneman dikala sepi dan bosan. Tetapi apabila seorang lelaki menangis hanya disebabkan kekasihnya, itu bermakna lelaki itu bodoh. Bodoh kerana dia baru saja mengerti betapa berharganya kekasihnya pada dirinya dan bodoh kerana terlalu menyintai kekasihnya. Kerana terlalu mencari yang kaca yang dianggap lawa, terlupa permata berada disisinya... Jadi, berikut adalah antara faktor lelaki menangis..



6 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

1. Kematian orang yang dicintai. Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih
sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..

2. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir. 


      3. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusahpayah untuk menawan hati si dia.


4. Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya.


5. Teringat akan dosa-dosa silamnya dahulu dan ingin bertaubat .

6. Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka yang amat dahsyat .


jadi jangan ingat lelaki tidak pernah mengalirkan airmata . lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan seperti kaum wanita .

*credit to : www.akalemosi.com*


No comments :

Post a Comment