Sunday, February 5, 2012

Beruntungnya Menjadi Seorang Wanita

Assalamualaikum..
hari nie 5 februari hari ahad bersamaan dgn 13 Rabiulawal 1433 hijriah kite akan menyambut hari Maulidurrasul bersempena dgn hari keputeraan baginda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W :) kepada semua bloggers yg beragama islam Salam Maulidurrasul syira ucapkan .

hari nie syira tergerak hati nak buat satu entri dlm blog syira nie . see the title "Beruntungnya Menjadi Seorang Wanita" . syira rase bersyukur sgt dilahirkan menjadi seorang wanita . wanita nie istimewa sgt pada pandangan Allah . wanita nie bnyk sgt kelebihannya dan darjat wanita nie diangkat tinggi dari kaum lelaki . bnyk yg syira dgr drpd rancangan berunsur agama dkt tv ckp yg perempuan nie ialah golongan yg paling senang nak masuk syurga dan golongan yg senang jugak nak masuk neraka . jd wanita nie bukan semudah yg disangka tau :')
dkt sini syira nak share sikit antara kelebihan-kelebihan seorang wanita . syira sempat lah search dkt google antara kelebihan-kelebihan seorang wanita . respon dia mmg membanggakan lahh . senang jea nak cari bahan dlm google nie . hee

Antara Kelebihan-kelebihan Seorang Wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

ya Allah , betapa beruntungya kaum hawa nie disisi Allah . hanya wanita solehah yg layak utk syurga Allah . wanita mengandung nie bnyk kelebihan dia . tgk lah mcm mane ibu kite bersusah payah mengandungkan kite 9 bulan dan melahirkan kite dlm keadaan separuh nyawa tp tetap ade lg manusia yg tak pernah nak hargai ibu dorg .
dkt sini jugak syira nak share kan sikit pesanan daripada ustaz azhar idrus utk kaum adam . hehe . syira suke kata-kata ustaz azhar idrus . semuanya best-best belaka :)

 Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
lelaki yang membuat wanita mengalirkan airmata kerananya akan disebat
100kali diakhirat kelak .

haa , dgr tu wahai kaum adam sekalian . hehe . setakat ini jea lah entri syira utk kali ini . jikalau ade tersilap kata atau tersalah info harap dimaafkan . syira hanya manusia biasa . syira pun tak cukup ilmu utk berhujah tentang agama . syira masih dalam proses pembelajaran . jikalau ade silap dan salah tolong betulkan ye ? yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri . perbetulkan ape yang salah . masih belum terlambat lagi .

Sekian . Assalamualaikum w.b.t :)

"Wanita Hiasan Dunia , Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"


No comments :

Post a Comment